Showing posts with label Ruhul insan. Show all posts
Showing posts with label Ruhul insan. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Sujud taubat

Telah lama aku sunyi tanpa kata..mendiam tanpa berita..dah hampir nak bersawang laman ini aku tinggalkan..aku digagasi dan disibukkan dengan kerja2 dunia...dunia..?


ya..kerja yang tidak akan habis sehingga roh terpisah dengan jasadnya, kerja yang membuat manusia lupa, alpha,khilaf,zalim, dan banyak lagi bencana kerana dunia..kerja dan urusan yang membuatkan aku telah khilaf pada tempat yang abadi selamanya..yang membuatkan aku mengabaikan tanggungjawab ukhrawi...kerja yang membuatkan aku jauh dari Pencipta..

Namun..aku syukur padamu yaAllah..kerana Kau telah sedarkan aku kembali akan kesilapan dan khilafku..aku sujud padamu ya Allah..aku mohon keampunan..aku mohon taubat padaMu ya Allah...aku mohon dikekalkan dan istiqamahlah aku dalam urusan kebaikan, dalam ibadatku, solatku, hatta perjuangan fisabilillah..semoga aku kuat untuk hadapi sebarang ujianMu ya Allah..
aku kerdil ya Allah..sangat kerdil d sisiMu..siapalah aku..hanya seorang hamba yang hina..Aku tkot ya Allah..aku takot akan azabMu..azab nerakaMu ya Allah..

aku mohon kepadaMu ya Allah..peliharalah iman aku sehingga ke akhir hayatku..aku tkot terpesong di pertenghan jalan..peliharalah takwa aku sehingga akhir nyawaku..aku tkot tertewas dgan nafsu dan syaitan laknatullah di perjalan hidupku...peliharalah pancainderaku sehingga penghujung hidupku..aku tkot terkandas pada nikmat yang smentara..dan peliharalah diriku,sahabat2, dan seluruh umat yang mengimaniMU sepenuhnya daripada azab api nerakamu yaAllah...

bertapa lemahnya hambaMu ini yaAllah..lemah dalam melawan hawa nafsu, dan menewaskan godaan syaitan..walaupun aku thu benda itulah musuh manusia yang nyata..namu itu, ya Allah..aku mohon kekuatan kepadaMu ya Allah, berilah aku kudrat untuk aku mendidik nafsuku dengan nilai iman..kerana itulah makanan nafsu yang patut diberikan..kerana salah didikan lah, nafsu boleh mengawal manusia..nafsu menjadi tuan kepada manusia..aku mohon kekuatan daripadaMU ya Allah..berilah aku kudrat untuk lawan dan twaskan godaan dan sebarang permainan daripada syaitan laknatulllah..

berilah, kurniakanlah kepadaku yaAllah...kejayaan dunia dan akhirat..kebahagiaan dunia dan akhirat...namun yang paling utama dan penting bagiku adalah kebahagiaan akhirat..aku tidak kisah akan kejayaan dan kebahgiaan dunia..kerana ia hanya sementara..terlalu sekejap perjalanan hidup d dunia ni..benda2 itulah yang akan menguji kita..biarlah takdir dan ketentuanMU yang menentukannya..apa yang paling penting adalah usaha..dan selebihnya adalah qada' dan qadarMu..kerana di dalamnya ada yang tersirat..

aku mohon juga padamu yaAllah...istiqamah dan thabatlah aku, sahabat2 perjuangku, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dan seluruh pencinta kepada islam supaya kami teguh dalam perjuangan buat selama-lamanya..semoga roh perjuangan nabi S.A.W yang diwarisi ini menjadi sedikit sumbangan dan asbab untuk menghadang diri kita daripada dicampakkan ke neraka Allah S.W.T....nau'zubillahiminzalik...mintak2 sangat dijauhkan daripada kita smua...semoga sedikit pertolongan yang ikhlas kita untuk islam ini boleh dijadikan nilai untuk memberatkan pahala kita di mizan Allah suatu hari kelak..

namun itu ya Allah...aku mohon kekalkan lah hati2 kami ya Allah..aku tahu ya Allah..begitu banyak lagi liku dan duri yang terbentang di hadapan aku ini ya Allah..kerana itu aku memohon kepadaMu ya Allah..peliharalah diri aku sehingga ke akhir hayatku..ya Khalid hu ya Rahmanu ya Rahim..

namun sekali lagi aku ingat dan tegaskn...bhawa pnulisan aku ini bukanlah untuk dibaca umum, bukanlah untuk mmbuka hati kepada sebarang pnyakit hati,riak,takabbur, dan sebagainya..ianya hanyalah sekadar luahan dari seorang hamba yang hina, kerdil dan tanpa apa2 kelebihan..ianya adalah sbagai penguat kepada penulis sndiri..tiada kaitan dengan mana2 pihak..andainya ad hamba Allah yang membacanya,jika ada yg baik ambillah sbagai pngjaran..andai ada sebarang kekurangan dan khilaf, jauhkan lah dan jadikanlah sbagai sempadan.

ya Rab..aku tidak layak kesyurgaMu..namun aku memohon dijauhkan daripada azab api nerakaMU..seluruh dan sepanjang kehidupanku,dulu, kini dan selamanya,berkatilah dan rahmatilah setiap pekerjaan dan perbuatanku..kerana hanya itulah tiket untukku ke syurgaMu...Amin..ya rabba a'lamin...


Saturday, March 13, 2010

Siapakah Diri Ini...???

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
tuhan yang Maha pengasih dan Maha penyayang



Terduduk paku melihat sinar mentari yang kian tenggelam,adakah aku akan menemuimu lagi sang mentari..? adakah itu sinar yang terakhir buat aku..?siapa diri aku sebenarnya untuk menyoal persoalan2 sedemikian..?berhakkah aku menyoal akan hak Allah S.W.T..? semakin hari aku melangkah,smakin aku dekat akan kiamat kecilku yang bakal mengundang...namun adakah bekalanku semakin bertambah..?persoalan buat diriku sendiri..coretan dan noktah tinta ini bukan untuk dijual umum, bukan untuk dibaca umum, bukan juga untuk dipertayangkan,tetapi noktah bertulis ini adalah untuk diri ini sendiri...ini tempatku meluahkan perasaan hati..tempat untukku dapat dan cari kekuatan kembali..

Ya Allah..ya Rahman...ya Rahhim..ya Fatah hu ya A'lim...
Aku mencari nadi kekuatan, nadi keinsafan, nadi istiqamah, nadi kejayaan, nadi kecemerlangan,nadi kebahagian, nadi kezuhudan, nadi keberkatan n kerahmatan, dan nadi taqwa yang hakiki untuk aku sematkan dalam nadi kurniaanMu ini..aku ketandusan semua itu daripadaMU ya Allah..Aku mohon, aku pinta daripadaMu Azzawajalla..tiada tempat lagi untuk aku meminta,memohon,merayu, dan mengadu, hanya kepadaMU wahai sang Pencipta..aku tahu ada orang diseliling aku,yang saling melengkapi, dan mampu membantu, tetapi hakikatnya semua bantuan itu semuanya datang daripadaMu..Aku milikMu ya Allah..dan semua milikMu..aku akan menemui ajal, makanya pertemukanlah ajal aku dalam husnul khatimah..

Ya Allah..ya Rahman...ya Rahhim..ya Fatah hu ya A'lim...
Aku sujud memohon. bantulah perjuangan aku,perjuangan sahabat2 aku, dan perjuangan seluruh umat islam yang inginkan islam terpacak mekar di bumiMu ini..supaya islam kembali berkuasa..islam dilaksanakan sepenuhnya tanpa menolak sedikit pun hukum Allah..jauhilah aku dan sahabat2 aku daripada sebarang fitnah dalam kami berjuang ini yaAllah..

Akhirnya aku memohon daripadamu Ya Allah..janganlah campakkan aku dalam nerakaMu ya Allah..aku takut yaAllah..amatlah pedihnya yaAllah..satu titisan api yang membakar itu blh menhancurkan diri aku..disiksa dan trus..yaAllah..aku mohon belas kasihanMU dan Syafa'at untuk aku melangkah di gerbang syurgaMu dan menjadi penghuni syurga buat selama-lamanya..masukkalah akhlak nabi dalam naluriku Ya Allah..

Siapakah diri ini....??????

Akulah setitis air mani yang tidak bernilai,menjadi segumpal darah, menjadi seketul daging, seterusnya ku juga tulang belulang yang terbentuk,aku dimasukkan roh,lantas aku dilahirkan sebagai seorang juara yang bernama khalifah..
ITULAH AKU..


Tuesday, December 22, 2009

"Bidadari Hidupku"

Di mana dapat mencarimu wahai sang bidadari...


Aku ramai teman, kawan, mahupun sahabat...


tetapi tiada ku jumpa bidadari yang mampu menjadi pelengkap rusuk kiriku...


Aku tidak tahu simpan perasaan di hatinya, krn pemilik hati hanyalah Allah...


Aras penanda bidadariku persis yang termaktub di dalam hadith...


Aku melihat akan keturunan,kecantikan, n kebendaanya, kerana itu disabda nabi S.A.W...

namun bukan itu aras penanada utamaku..


Yang utamanya adalah hal agamanya, kerana ia akan membawa layar rumah tangga yang kekal abadi, dunia dan akhirat...


Aku percaya, nabi bersabda, 1 orang wanita solehah adalah lebih baik daripada 1000 orang lelaki beriman..


tetapi manakan mampu kutemuinya kerana ia 1 dalam 1000...


Aku idam wanita yang secantik zulaikha, setabah Siti Hajar, secekal Siti Khatijah, selembut Aisya Humaira, sewangian kasturi Summaiyah...


Tetapi..manakan mampu aku menemui sesempurna itu, kerana aku sedar, aku tidak setampan Yusuf, tidak setabah nabi S.A.W, tidak secekal Bilal bin Rabbah, tidak selembut Ali, n sekuat Umar...


Selagi tiada ikatan yang sah antara 2 jiwa dan 2 hati..sealagi itu aku akan berdoa supaya Allah menguniakan wanita yang sesempurna itu...


Bidadari...aku sentiasa menunggu kehadiranmu supaya aku mendapat ketenangan melalui ikatan yang sah.."litaskunu ilaiha", dan menjadi penolong perjuanganku..


Malah aku berdoa padamu ya Azzawajalla...kurniakanlah wanita yang memahami perjuanganku untuk melihat agama ALLAh tertegak, terpacak di bumi ini..


Dalam islamTiada cinta sebelum jinjang pelamin terisi mas kahwin, cinta yang abadi adalah cinta yang didasar dan dilunaskan dengan haq, tidak bercampur dengan batil..


Cinta yang menjuruskan kepada Allah S.W.T, seperti cinta yang suci dan jujur Abdullah Khairul Azzam d dalam 'Ketika Cinta Bertasbih'...


Sama2 membawa cinta tidak melebihi cinta Allah dan rasulNya, melayari alam baitul muslim dengan penuh kebahagiaan yang disandarkan kepada cinta ALLAH semata-mata...

ITULAH BIDADARI HIDUPKU DUNIA DAN AKHIRAT.............

Monday, December 7, 2009

"BLOG SUMBER KEKUATANKU"

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
tuhan yang Maha pemgasih dan Maha penyayang

Assalamu'alaikum w.b.t..pertamanya syukur ke hadarat Ilahi kerana Allah masih lagi memberi aku peluang untuk aku meneruskan hidup pada hari ini,dgn dilimpahi seinfiniti nikmat, keduanya selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad S.A.W,semoga kita hamba Allah yang lemah yang sentiasa cenderung melakukan dosa mendapat belas kasihan baginda untuk mendapat syaf''at baginda ketika di padang makhsyar kelak..seperti terteranya tajuk, pada saat n ketika ini baruku mengerti blog cukup memberi kekuatan kpdku untuk meneruskan hidup supaya sentiasa berada dalam pengawasan Allah S.W.T,baru ku sedari blog merupakan nadi luahan rintihan,susah n senang aku,merupakan diari mayaku,n platform untuk aku sampaikan da'wah..to be continue......