Tuesday, November 30, 2010

Pemilik hati

setiap insan yang normal smuanya akan melalui suatu peringkat atau tahap yang mana mereke merasakan untuk menyayangi dan disayangi..itu lumrah..itu haq yang harus diterima semua..namun persoalannya, jalan manakah harus kita ambil untuk ke arah aitu..?


tidak perlulah untuk menipu diri sendiri dengan menafikan semua ini..cinta sesama insan itu tidak salah..sekiranya ia tidak melebihi dan membatasi cinta Allah dan Rasul..andainya ia dibatasi dan dilunaskan dengan jalan yang betul..

mungkin ramai sahabat dan sahabiah yang ada kat luar sana yang dirundum dengan masalah ini..dihantui dengan permainan hati dan perasaan..nak2 pelajar tahun akhir...betul kan..?mungkin ada yang dah mula memikirkan untuk membina baitulmuslim..setelah sekian lama bergelut dengan permainan hati, setelah bertahun lamanya mengawal nafsu dan perasaan, mungkin dah tiba masanya untuk membina sendiri rumah tangga iaitu suatu ikatan yang sah yang diidamkan semua..jika ditanya pada aku sendiri, jujurnya..sangat rumit untuk dibicarakan.knp.? mungkin masih belum bersedia dan tegar untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang begitu besar..masih terlalu awal untukku..

namun, sesekali aku tidak menafi dan menidakkan perkahwinan di usia muda..terpulanglah kepada individu masing2 untuk menilainya..andainya rase dah cukup baik ilmu yang ada untuk mendidik dan memimpin bakal isteri..teruskanlah..sekiranya perkara yang penting iaitu fardu ainmasih lagi tercungap-cungap, lebih baik lah belajar lah dulu..fahami dan dalami lah dulu, bukan sahaja ilmu fardu ain tetapi ilmu kekeluargaan yang lain..

kadang2 ada diantara kita yang terlepas pandang dengan perkara yang penting seperti ini..mengambil mudah..terlalu mengikut nafsu dan perasaan..bukan untuk menyalahkan mereka yang kahwin diusia muda..tapi cuba lah kita fikir dan renung balik..adakah kita dah betul2 bersedia untuk menghadapi suatu alam yang penuh dengan amanah dan mehnah daripada Azzawajalla S.W.T.

masing2 ada persepsi dan obsessi tersendiri yang dipegang..namun apa yang ditakutkan pada mereka dan semua antara kita pada alam rumahtangga ini ialah tidak dapat melangkaui dan melepasi setiap mehnah yang ada tersedia pada alam ini..tertewas dengan nafsu dan perasaan semata2..seorang yang dulunya hebat dan aktif dengan dakwahnya, akhirnya terkandas dengan suami atau isteri sendiri..mendiam tanpa kata,seorang yang dulunya cukup penyabar dan baik hati, akhirnya terkandas dengan krisis dan dan salah faham dalam rumahtangga..terus menjadi pemarah dan pendendam, seorang yang dulunya tertib dan pernuh cermat dangan setiap kerjanya, akhirnya tertewas dengan kesibukan dan kekangan rumah tangga..semuanya lenyap begitu sahaja..

kerana apa..?semuanya kerana kekosongan dan kelompongan ilmu agama..senang kata semuanya sebab ketidaksediaan lah..Btul ke ayat 2..?blh la,asalkan boleh difahami smua..sememangnya setiap antara kita mahukan yang terbaik kan..?mahukan yang sempurna..ada pilihan dan ketetapan tersndiri pada pasangan..andainya persoalan 2 menerpa aku sendiri..terkelu jugak untuk menjawabnya..hanya terkejut dengan persoalan, namun setiap jawaban dah sedia tersirat dalam hati..sepertimana yang diposkan sebelom ni, pelengkap rusuk kiri aku adalah persis yang ada dalam hadith baginda S.A.W..namum bagiku yang paling utama adalah soal agamanya..

aku serahkan semua itu pada ketentuan dan takdir Allah S.W.T..aku mintak jauh daripada terhindar dan terdedah daripada sebarang hubungan yang tidak dihalalkan syara'..bukan sahaja itu..sebarang perkara yang boleh mendedahkan dan mendekatkan kepada perkara yang tidak halal itu , aku mohon sangat2 pada maha Khalid supaya dihindarkan smua itu..andainya ada yang dah tersilap dan terbuat sebelum ini..aku mohon ampun padaNya yang Maha Pengasih dan Pengampun...

namun..penringatan untuk diri sendiri dan semua yang membaca..buatlah pilihan yang terbaik, kerana ia bukan ikatan untuk satu atau dua hari, satu atau dua bulan, satu ata dua tahun, tetapi ia adalah pelaburan jangka panjang..biaralah ia sekali dalam hidup, berusahalah seupayanya untuk menghidarkan ssuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah..berusahalah yang terbaik untuk melengkapkan diri dengan sebaik dan sebanyak mungkin ilmu sebelum menghadapi dan melunaskan ikatan itu..

semoga yang terbaik adalah untuk islam....agama yang tercinta..sehingga ke akhir hayat..

Monday, November 29, 2010

Sujud taubat

Telah lama aku sunyi tanpa kata..mendiam tanpa berita..dah hampir nak bersawang laman ini aku tinggalkan..aku digagasi dan disibukkan dengan kerja2 dunia...dunia..?


ya..kerja yang tidak akan habis sehingga roh terpisah dengan jasadnya, kerja yang membuat manusia lupa, alpha,khilaf,zalim, dan banyak lagi bencana kerana dunia..kerja dan urusan yang membuatkan aku telah khilaf pada tempat yang abadi selamanya..yang membuatkan aku mengabaikan tanggungjawab ukhrawi...kerja yang membuatkan aku jauh dari Pencipta..

Namun..aku syukur padamu yaAllah..kerana Kau telah sedarkan aku kembali akan kesilapan dan khilafku..aku sujud padamu ya Allah..aku mohon keampunan..aku mohon taubat padaMu ya Allah...aku mohon dikekalkan dan istiqamahlah aku dalam urusan kebaikan, dalam ibadatku, solatku, hatta perjuangan fisabilillah..semoga aku kuat untuk hadapi sebarang ujianMu ya Allah..
aku kerdil ya Allah..sangat kerdil d sisiMu..siapalah aku..hanya seorang hamba yang hina..Aku tkot ya Allah..aku takot akan azabMu..azab nerakaMu ya Allah..

aku mohon kepadaMu ya Allah..peliharalah iman aku sehingga ke akhir hayatku..aku tkot terpesong di pertenghan jalan..peliharalah takwa aku sehingga akhir nyawaku..aku tkot tertewas dgan nafsu dan syaitan laknatullah di perjalan hidupku...peliharalah pancainderaku sehingga penghujung hidupku..aku tkot terkandas pada nikmat yang smentara..dan peliharalah diriku,sahabat2, dan seluruh umat yang mengimaniMU sepenuhnya daripada azab api nerakamu yaAllah...

bertapa lemahnya hambaMu ini yaAllah..lemah dalam melawan hawa nafsu, dan menewaskan godaan syaitan..walaupun aku thu benda itulah musuh manusia yang nyata..namu itu, ya Allah..aku mohon kekuatan kepadaMu ya Allah, berilah aku kudrat untuk aku mendidik nafsuku dengan nilai iman..kerana itulah makanan nafsu yang patut diberikan..kerana salah didikan lah, nafsu boleh mengawal manusia..nafsu menjadi tuan kepada manusia..aku mohon kekuatan daripadaMU ya Allah..berilah aku kudrat untuk lawan dan twaskan godaan dan sebarang permainan daripada syaitan laknatulllah..

berilah, kurniakanlah kepadaku yaAllah...kejayaan dunia dan akhirat..kebahagiaan dunia dan akhirat...namun yang paling utama dan penting bagiku adalah kebahagiaan akhirat..aku tidak kisah akan kejayaan dan kebahgiaan dunia..kerana ia hanya sementara..terlalu sekejap perjalanan hidup d dunia ni..benda2 itulah yang akan menguji kita..biarlah takdir dan ketentuanMU yang menentukannya..apa yang paling penting adalah usaha..dan selebihnya adalah qada' dan qadarMu..kerana di dalamnya ada yang tersirat..

aku mohon juga padamu yaAllah...istiqamah dan thabatlah aku, sahabat2 perjuangku, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dan seluruh pencinta kepada islam supaya kami teguh dalam perjuangan buat selama-lamanya..semoga roh perjuangan nabi S.A.W yang diwarisi ini menjadi sedikit sumbangan dan asbab untuk menghadang diri kita daripada dicampakkan ke neraka Allah S.W.T....nau'zubillahiminzalik...mintak2 sangat dijauhkan daripada kita smua...semoga sedikit pertolongan yang ikhlas kita untuk islam ini boleh dijadikan nilai untuk memberatkan pahala kita di mizan Allah suatu hari kelak..

namun itu ya Allah...aku mohon kekalkan lah hati2 kami ya Allah..aku tahu ya Allah..begitu banyak lagi liku dan duri yang terbentang di hadapan aku ini ya Allah..kerana itu aku memohon kepadaMu ya Allah..peliharalah diri aku sehingga ke akhir hayatku..ya Khalid hu ya Rahmanu ya Rahim..

namun sekali lagi aku ingat dan tegaskn...bhawa pnulisan aku ini bukanlah untuk dibaca umum, bukanlah untuk mmbuka hati kepada sebarang pnyakit hati,riak,takabbur, dan sebagainya..ianya hanyalah sekadar luahan dari seorang hamba yang hina, kerdil dan tanpa apa2 kelebihan..ianya adalah sbagai penguat kepada penulis sndiri..tiada kaitan dengan mana2 pihak..andainya ad hamba Allah yang membacanya,jika ada yg baik ambillah sbagai pngjaran..andai ada sebarang kekurangan dan khilaf, jauhkan lah dan jadikanlah sbagai sempadan.

ya Rab..aku tidak layak kesyurgaMu..namun aku memohon dijauhkan daripada azab api nerakaMU..seluruh dan sepanjang kehidupanku,dulu, kini dan selamanya,berkatilah dan rahmatilah setiap pekerjaan dan perbuatanku..kerana hanya itulah tiket untukku ke syurgaMu...Amin..ya rabba a'lamin...