Tuesday, December 22, 2009

"Bidadari Hidupku"

Di mana dapat mencarimu wahai sang bidadari...


Aku ramai teman, kawan, mahupun sahabat...


tetapi tiada ku jumpa bidadari yang mampu menjadi pelengkap rusuk kiriku...


Aku tidak tahu simpan perasaan di hatinya, krn pemilik hati hanyalah Allah...


Aras penanda bidadariku persis yang termaktub di dalam hadith...


Aku melihat akan keturunan,kecantikan, n kebendaanya, kerana itu disabda nabi S.A.W...

namun bukan itu aras penanada utamaku..


Yang utamanya adalah hal agamanya, kerana ia akan membawa layar rumah tangga yang kekal abadi, dunia dan akhirat...


Aku percaya, nabi bersabda, 1 orang wanita solehah adalah lebih baik daripada 1000 orang lelaki beriman..


tetapi manakan mampu kutemuinya kerana ia 1 dalam 1000...


Aku idam wanita yang secantik zulaikha, setabah Siti Hajar, secekal Siti Khatijah, selembut Aisya Humaira, sewangian kasturi Summaiyah...


Tetapi..manakan mampu aku menemui sesempurna itu, kerana aku sedar, aku tidak setampan Yusuf, tidak setabah nabi S.A.W, tidak secekal Bilal bin Rabbah, tidak selembut Ali, n sekuat Umar...


Selagi tiada ikatan yang sah antara 2 jiwa dan 2 hati..sealagi itu aku akan berdoa supaya Allah menguniakan wanita yang sesempurna itu...


Bidadari...aku sentiasa menunggu kehadiranmu supaya aku mendapat ketenangan melalui ikatan yang sah.."litaskunu ilaiha", dan menjadi penolong perjuanganku..


Malah aku berdoa padamu ya Azzawajalla...kurniakanlah wanita yang memahami perjuanganku untuk melihat agama ALLAh tertegak, terpacak di bumi ini..


Dalam islamTiada cinta sebelum jinjang pelamin terisi mas kahwin, cinta yang abadi adalah cinta yang didasar dan dilunaskan dengan haq, tidak bercampur dengan batil..


Cinta yang menjuruskan kepada Allah S.W.T, seperti cinta yang suci dan jujur Abdullah Khairul Azzam d dalam 'Ketika Cinta Bertasbih'...


Sama2 membawa cinta tidak melebihi cinta Allah dan rasulNya, melayari alam baitul muslim dengan penuh kebahagiaan yang disandarkan kepada cinta ALLAH semata-mata...

ITULAH BIDADARI HIDUPKU DUNIA DAN AKHIRAT.............

Monday, December 7, 2009

"BLOG SUMBER KEKUATANKU"

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
tuhan yang Maha pemgasih dan Maha penyayang

Assalamu'alaikum w.b.t..pertamanya syukur ke hadarat Ilahi kerana Allah masih lagi memberi aku peluang untuk aku meneruskan hidup pada hari ini,dgn dilimpahi seinfiniti nikmat, keduanya selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad S.A.W,semoga kita hamba Allah yang lemah yang sentiasa cenderung melakukan dosa mendapat belas kasihan baginda untuk mendapat syaf''at baginda ketika di padang makhsyar kelak..seperti terteranya tajuk, pada saat n ketika ini baruku mengerti blog cukup memberi kekuatan kpdku untuk meneruskan hidup supaya sentiasa berada dalam pengawasan Allah S.W.T,baru ku sedari blog merupakan nadi luahan rintihan,susah n senang aku,merupakan diari mayaku,n platform untuk aku sampaikan da'wah..to be continue......

Sunday, September 20, 2009

[Permulaan baruku, Semangat baruku]

Assalamu'alaikum....

ku sedar, banyak kesilapan, banyak masalah, banyak dosa, banyak sia-sia yang telah aku lakukan sepanjang hidupku, sampailah pada saat ini. Ungkapan iman, seringku pohon dari Yang Ilahi, betapa ampuhnya iman yang ada dalam diri aku, x mampu untuk menampung usia yang semakin meningkat, minda semakin matang, semakin mencari benda yang baru, tapi aku ungkap syukur pada Yang Esa, krana menemui aku dgan diari ini, n aku smakin rajin untuk menulis, semakin kembali kpd fitrah, semakin ingat akan hakikat kejadian, diberi petunjuk n jalan daripada Allah S.W.T untuk merencana kembali masa depanku, mgkin aku tersentak dengan result semester yang baruku terima, tetapi aku telah berjanji untuk terima ape sahaja keputusan yang diberi oleh Allah S.W.T, kerana aku percaya itu rezekiku, mgkin juga Allah mahu mghukum segala dosa yg telah aku lakukan,mgkin juga Allah membalas segala kelalaian yang telah aku buat, dan mgkin Allah ingin mengajar aku erti sebenar sebuah kehidupan sebagai hamba kepada khalidNYA yang bernama muslim.