Monday, November 19, 2012

PERKONGSIAN (HAFIZ HAMIDUN-ZIKIR TERAPI DIRI)



160 kbps | 44 khz | MP3 | 44.4MB

Tracklist :
01. Hafiz Hamidun - Astaghfirullah
02. Hafiz Hamidun - La Ilaha Illallah
03. Hafiz Hamidun - Subhanallah
04. Hafiz Hamidun - Taubatan Nasuha
05. Hafiz Hamidun - Hasbi Rabbi
06. Hafiz Hamidun - La Hawla Wa La
07. Hafiz Hamidun - Alhamdulillah
08. Hafiz Hamidun - Ya Zaljala
09. Hafiz Hamidun - Ya Latif
10. Hafiz Hamidun - Allah
11. Hafiz Hamidun - Lawkana Bainana 



::SEMOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MENDAPAT MANFAAT BERSAMA DAN DIBALAS OLEH ALLAH SEBAGAI SESUATU YANG BERHARGA KELAK, SAMA2 KITA BERKONGSI UNTUK KEBAIKAN BERSAM::

Monday, April 30, 2012

KALAM BUAT BAKAL PEMILIK HATI (ZAUJAH)…

Bakal Zaujahku,
 “Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, InsyaAllah.

Calon Zaujahku,
“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu.”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatku memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan secebis ilmu yang telah dititipkan buatku oleh guru2 dan ibu bapaku. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana inginku melunaskan kata-kata…

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Ibu bapaku telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu…

“…maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, kekayaan dan kesempurnaan itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika rupa paras itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang mutlak untuk kupertontonkan padamu. Andainya dikau  menginginkan kesempurnaan lahiriah semata-mata, maka aku bukanlah orangnya. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menggapai kebahagiaan itu, dan menegakkan bi'ah solehah dalam keluarga kita nanti, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah landasan dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hamba-Nya kepada Penciptanya yang agung.

Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan secebis ilmu ini, aku ingin menjadi suami yang sentiasa mendapat keredhaan Allah. Aku bercita-cita bergelar pendamping soleh, seperti mana yang dijanjikan Rasul.

Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)


Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Zaujahku yang dirahmati,
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam Qalam-Nya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pembantu untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan kita pada suatu saatnya nanti sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaan-Nya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insya-Allah.

Bakal Zaujahku,
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insya-Allah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan berbanding kekayaan duniawi yang kau sediakan. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. 

Kurasakan, cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai ada langkahku sebelum ini, telah merencanakan kesilapan dek kerana kelemahan diriku sendiri...
Wassalam^^…
***